Seperti beberapa laporan sebelum ini, hari ini Google secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan perkhidmatan Waze, sekaligus akan memberikan kesan positif ke atas pembangunan Google Maps.
Daripada apa yang dikongsikan oleh pihak Google, mereka akan mengekalkan operasi Waze secara berasingan buat masa ini. Namun, mereka berkongsi, akan menambah baik Google Maps dengan beberapa fungsi trafik daripada Waze, sementara Waze pula akan mendapat sokongan carian Google.
Harga pengambil-alihan tidak diumumkan kedua-dua pihak. Mengikut laporan sebelum ini, ia dikatakan sekitar $1.3 bilion (~RM4 bilion).
Sumber-amanz
0 ulasan:
Catat Ulasan